Hasil Dadah Ada Aset RM500,000



JOHOR BAHRU - Rahsia gaya hidup mewah dua orang lelaki yang memiliki aset bernilai hampir RM500.000 terbongkar apabila mereka ditahan polis kerana disyaki mengedar dadah di daerah ini termasuk di Singapura sejak setahun lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, dalam kejadian pada pukul 2.30 petang, Sabtu lalu, pasukan polis telah menahan seorang lelaki yang memandu kereta jenis BMW 3 Series di sebuah stesen minyak di Larkin di sini.

"Hasil siasatan ke alas suspek berusia 29 tahun itu, pihak polis telah menyerbu sebuah lagi rumah di sekitar Kempas dekat sini.

"Dalam serbuan itu, pihak polis berjaya menahan se­orang lagi lelaki yang diper- cayai rakan kongsi suspek dan merampas dadah jenis syabu seberat 51 gram dianggarkan bernilai RM4,000," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan
di sini semalam.

Sulaiman berkata, barangan lain yang turut dirampas ialah dua buah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima dan Toyota Caldina serta sebuah motosikal berkuasa tinggl jenis llarley Davidson.

"Kedua-dua suspek yang dipercayai menjalankan aktiviti penjualan dadah secara sepenuh masa itu direman selama lapan hari bermula tarikh tangkapan.

"Hasil ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah," katanya.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Hasil Dadah Ada Aset RM500,000"

Post a Comment