Khloe Kardashian Tidak Puas Hati Dengan Payudara Dimiliki

Khloe Kardashian Tidak Puas Hati Dengan Payudara Dimiliki



MESKIPUN hidup serba glamor dan mewah, nyata perkara itu tidak memberikan sepenuh kegembiraan buat bintang siri Keeping Up With The Kardashians, Khloe Kardashian.




Dalam satu rancangan bual bicara, Khloe mendedahkan dia sama sekali tidak berpuas hati dengan saiz payudaranya dan teringin melakukan pembedahan plastik bagi membesarkan asetnya itu.

Namun disebabkan tiada keberanian, dia tidak meneruskan rancangan itu.

Ini kerana menurut Khloe, jika mendiang bapanya Robert Kardashian masih hidup, pasti bapanya akan melarang dan menegahnya melakukan pembedahan kosmetik.

“Ya, saya nak sangat besarkan payudara tapi tidak miliki keberanian melakukannya. Dulu ayah tahu pasal saya nak buat pembedahan plastik namun dia melarang dan tak berapa lama kemudian dia meninggal.

“Saya rasa jika masih hidup tentu keputusannya masih sama, sebab itu saya tidak lakukan pembedahan payudara sehinggalah ke hari ini,” katanya yang sentiasa memakai push up bra bagi menampakkan payudaranya cantik terletak.

Ironinya kakak Khloe, Kim dikenali antara selebriti Hollywood paling banyak melakukan pembedahan plastik sehinggakan tubuh badannya yang menggiurkan itu jadi idaman kebanyakan peminat wanita.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub






from I AM ZAUDIN http://ift.tt/1QagJdu
via IFTTT


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Khloe Kardashian Tidak Puas Hati Dengan Payudara Dimiliki"

Post a Comment