Kaki Putus Digilis Lori



SABAK BERNAM - Seorang pelajar perempuan putus buku lali kaki kanannya manakala kaki kirinya hancur selepas digilis sebuah lori dalarri satu kemalangan di Parit 16, Sungai Panjang di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa, Siti Nuraisyah Sahrin, 13, bersama kakak tirinya, Shamin Amirah Roslan 14, yang merupakan pela­jar Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka yang terletak di Parit 16, Sungai Panjang.
Jarak antara tempat kejadian dengan rumah mereka kira-kira
11 kilometer.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, semasa kejadian mangsa membonceng motosikal bersama kakak tirinya.

Menurut beliau, setiba tempat kejadian sebuah kereta Perodua Kancil dipercayai memotong motosikal tersebut sebelum bergesel menyebabkan mangsa dan kakak tirinya terjatuh.

"Mangsa dipercayai jatuh ke tengah jalan sebelum sebuah lori yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu menggilis kakinya.
"Mujurlah kakak tiri mangsa pula tercampak ke kiri jalan dan kakinya cuma terseliuh," katanya
ketika dihubungi di sini semalam.

Bagaimanapun, pemandu kedua-dua kenderaan itu tidak berhenti dan meninggalkan tempat kejadian.

Katanya, Siti Nuraisah yang cedera parah dikejarkan ke Hos­pital Tengku Ampuan Jemaaah (HTAJ) Sabak Bernam sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan lanjut.

Sehubungan itu, polis mem- inta pemandu kereta Perodua Kancil dan pemandu lori berkenaan tampil ke Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam atau menghubungi talian 03-3224 2613 untuk membantu siasatan.



Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Kaki Putus Digilis Lori"

Post a Comment