Penjenayah Rumah Mewah Ditangkap Polis


SHAH ALAM - Polis per caya dapat menyelesaikan lebih 50 kes samun rumah mewah di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan sejak tujuh tahun lalu yang didalangi seorang rakyat Indonesia berikutan tertangkapnya lima lelaki di tiga lokasi berasingan baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah berkata, kesemua suspek berusia antara 32 dan 44 tahun ditahan menerusi Op Rantau oleh pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kes-kes samun tersebut.

"Pasukan khas ini ditubuhkan bagi menyiasat beberapa kejadian samun rumah mewah di daerah Kajang termasuk terba- haru melibatkan rumah seorang pengarah syarikat di Country 22utasjamtangandanbarangan Heights yang disamun empat kemas bernilai RM100.000 pada lelaki bersenjata yang melarikan 12 Januari lepas.

"Susulan kejadian di rumah pengarah syarikat itu, pasukan khas ini giat mencari maklumat dan akhirnya berjaya menahan tiga lelaki warga Indonesia berusia 32 hingga 42 tahun di Flat Persiaran Desa Serdang kira- kira pukul 7.30 petang pada hari sama," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Mohd. Adnan berkata, tangkapan itu membawa kepada pena- hanan seorang lelaki warga tempatan berusia 44 tahun di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur kira-kira pukul 10 pagi dan seorang lelaki warga Indonesia berusia 41 tahun di Jeti Stulang Laut, Johor Bahru pukul 2.30 petang, kedua-duanya pada 14 Januari lepas.

Kumpulan yang aktif menyamun sejak 2009 lalu bagaimanapun tidak mempunyai sebarang nama gelaran.
Dalam serbuan di flat tersebut, beliau berkata, pihaknya telah merampas 49 jenis barangan kemas bernilai RM80,000, 79 utas jam tangan pelbagai jenama bernilai kira-kira RM200,000, se- bilah parang, lima telefon bimbit, pelbagai mata wang asing dan beberapa peralatan pecah rumah.

Katanya, kesemua suspek kini direman sehingga esok bagi mem- bantu siasatan'di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Beliau turut meminta individu yang pernah menjadi mangsa samun supaya hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dan berurusan dengan Deputi Superintendan Zulkifli Abu Bakar (019-241 3978) atau Asisten Superintendan Rozaiman Hashim (019-399 6513) bagi proses pengecaman barangan kemas serta membantu siasatan.

-Kosmo


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Penjenayah Rumah Mewah Ditangkap Polis"

Post a Comment