'Ibu, Boleh Ke Kaki Saya Tumbuh Balik?'


SUNGAI PANJANG - "Ibu, boleh ke kaki saya tumbuh balik?" demikianlah pertanyaan Nuraisyah, mangsa kemalangan yang kakinya digilis lori semalam, membuatkan ibunya, Maimunah Md Razalli sebak dan tidak dapat berkata apa-apa. 

Bapa tirinya, Roslan Sardi, 40, berkata, walaupun mangsa bukan anak kandungnya tetapi beliau sedih dengan apa yang berlaku pada Nuraisyah yang telah dianggap seperti anaknya sendiri.

"Walaupun dia anak tiri saya, saya memang terasa dengan apa yang berlaku kepadanya kerana dia tinggal dengan saya semenjak kecil lagi, dah macam anak sendiri. 

"Saya sungguh kagum dan pada masa yang sama malu dengan Nuraisyah kerana dia tabah dan kuat menghadapi semua ini. Ketika kejadian, dia sendiri pun tidak menangis walaupun kakinya cedera teruk. Sebaliknya senyap dan termenung. Kalau saya berada di tempat dia sudah pasti meraung," katanya memetik laporan dari portal SiakapKeli. 

Bagi Roslan, apa yang berlaku adalah takdir dan ketentuanNya. Beliau tidak mahu menunding jari pada sesiapa, sebaliknya hanya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

"Nak salahkan driver pun, benda dah jadi. Apa yang terjadi adalah ketentuanNya. Kalau diikutkan, kereta Perodua Kancil itu memotong motosikal anak saya dan break mengejut membuatkan anak saya terjatuh dan lori yang datang dari arah depan tidak sempat mengelak lalu melanggar anak saya," katanya. 

Bagaimanapun difahamkan pemandu Perodua Kancil itu telah menyerah diri di balai polis. Suspek yang juga seorang wanita menjelaskan beliau bukan melarikan diri, sebaliknya terkejut dengan apa yang berlaku. 


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "'Ibu, Boleh Ke Kaki Saya Tumbuh Balik?'"

Post a Comment