Pakatan Harapan Mahu Tumbangkan BN Dengan Dasar Baru


MEMANDANGKAN hala tuju Pakatan Harapan yang belum jelas sebagaimana Pakatan Rakyat yang di batu nisankan tak lama dahulu hari ini mereka bercakap soal dasar yang di uar-uar dapat menyakinkan rakyat.

Apa yang perlu di ingat perjuangan dengan niat untuk menjatuhkan kumpulan lain ia tidak akan berjaya walau pun tibanya waktu langit bertemu laut.

Pada masa Pakatan Rakyat belum dijangkiti virus waham,antara kerangka dasar bersama ialah empat pekara
1-Demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan
rakyat.
2. Memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan untuk menjana
kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil.
3. Keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara
menyeluruh.
4. Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adilsetara.

Antara tiga perkara pertama yang diangkat dalam dasar bersama Pakatan Rakyat pada masa itu,mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagaiagama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri
mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

Namun kerangka tinggal rangka manakala persetujuan untuk mempertahankan Pekara 153 lebur apabila PAS berusaha mahu hudud dilaksanakan.

Hari ini Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke bersuara,ketiga-tiga parti itu kini sedang berada dalam fasa sangat penting iaitu mewujudkan dasar yang dapat meyakinkan rakyat selepas menduduki Putrajaya.
Tambahnya lagi,Kita yakin dengan adanya dasar bersama ini akan memberikan momentum besar kepada kita untuk mencabar UMNO-BN.

Sebelum menduduki Puterajaya pemimpin Pakatan Harapan gagal memberi keyakinan kepada PAS untuk bersama mereka,inikan pula untuk mempengaruhi rakyat menyokong sedangkan Pakatan Harapan sendiri terumbang ambing dengan angan-angan.

Boleh dilihat secara jelas apabila UMNO dituduh sebagai penghancur Pakatan Rakyat ,walhal orang-orang dalam Pakatan Rakyat pada waktu itu mengutamakan kepentingan peribadi daripada perjuangan bersama dan keputusan PAS berundur dari pakatan yang telah di batu nisankan adalah tepat.

Kali ini apa pula kerangka dasar yang akan diperkenalkan kepada rakyat setelah fitnah Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah dengan cicin bernilai RM24 juta tidak berjaya menduduki Puterajaya,dan begitu juga dengan pembunuhan Altatunya yang sengaja dikaitan dengan Datuk Seri Najib,namum orang yang difitnah masih lagi berada pada tapuk pemerintahan,sedangkan Pakatan Rakyat telah menjadi abu.

Belum pun ada tunas kejayaan Pakatan Harapan,Anthony Loke sudah bercakap besar kononya lebih banyak peluru akan digunakan untuk ditujukan kepada BN sepanjang dua tahun ini dan sehingga sampai ke kemuncaknya iaitu pada pilihan raya umum nanti.

Peluru apa yang mahu digunakan untuk menumbangkan BN pada PRU14? kalau peluru fitnah sebagaimana biasa,sebenarnya rakyat telah lama termuntah dengan fitnah yang dilemparkan kepada seluruh pemimpin BN dan sebab itu jugalah sinar kejayaan pembangkang tidak pernah purnama walaupun logo PAS tak pernah gerhana.

Untuk pengetahuan seluruh pemimpin pembangkang,jika bertanggapan keseluruhan pemimpin UMNO-BN akan menghadapi serangan berseorangan,sebenarnya tanggapan itu adalah meleset.

Jadi bersedialah menerima serangan dari BN,kerana BN bukan sahaja mampu bertahan malah lebih kemampuan untuk menyerang balas bukan sahaja dipentas terbuka malah alam maya juga akan turut serentak.



Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Pakatan Harapan Mahu Tumbangkan BN Dengan Dasar Baru"

Post a Comment