Tak Bayar Gaji Mandur Dibunuh


LAHADAD DATU - Gara-gara tidak membayar gaji pekerja, seorang mandur ladang kelapa sawit ditikam dan dipukul menggunakan besi dalam kejadian di Ladang Permai dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 8.15 pagi itu, Raden Ahmad, 35, disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Lahad Datu di sini.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata, mangsa yang dalam keadaan berlumuran darah ditemui oleh se­orang pekerja ladang sebelum membuat laporan polis.

Katanya, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku di sebuah kawasan penanaman semula kelapa sawit yang terletak kira-kira dua jam perjalanan dari bandar Lahad Datu.

"Pemeriksaan mendapati, terdapat enam kesan tikaman di belakang badan mangsa selain kesan luka pada belakang kepala.

"Mangsa disahkan mening­gal dunia pada pukul 10.12 pagi sebaik tiba di Hospital Lahad Datu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Dae­rah (IPD) Lahad Datu di sini semalam.

Menurut Hamzah, kejadian itu dipercayai dilakukain oleh lima pekerja Raden ekoran daripada tindakan mangsa yang tidak membayar gaji.

Katanya, polis turut menemui sebatang besi leper dan sebilah pisau di lokasi kejadian yang mempunyai kesan darah diper­cayai senjata digunakan semasa kejadian.

"Kita sedang memburu kesemua suspek yang berusia 18 hingga 40 tahun dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," tambahnya.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Tak Bayar Gaji Mandur Dibunuh"

Post a Comment