Curahan Bantuan Untuk Watson Nyambek



KUCHING – Pelbagai pihak tampil untuk membantu meringankan beban kewangan pemegang rekod kebangsaan acara 100 meter (m), Watson Nyambek selepas beliau diisytiharkan bankrap kerana gagal melunaskan pinjaman Bank Islam berjumlah RM100,000 bersama tunggakan faedahnya baru-baru ini.

Bantuan ke atas jaguh bergelar Flying Dayak Club itu mencurah-curah selepas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mengumumkan akan membantu menyelesaikan masalah bekas jaguh pecut negara itu.

Bercakap kepada pemberita selepas Program Sejiwa Senada di Kapit kelmarin, Adenan berkata, kerajaan negeri sangat menghargai sumbangan Watson, 40, yang pernah mengharumkan nama negara dan Sarawak satu ketika dahulu.

“Saya minta maaf. Saya baru tahu pasal perkara ini. Kerajaan negeri akan membantu beliau bagi menyelesaikan masalah tunggakan pinjaman bank yang menyebabkannya diisytihar bankrap,” katanya.

Terbaharu, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, pemimpin Dayak dalam kerajaan akan berusaha membantu kesusahan yang dihadapi oleh Watson.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk SDNU akan membantu mengumpul dana untuk Watson.

"Saya berharap, semua pihak dapat menyumbang sedikit sebanyak dalam dana yang ditubuhkan untuk Watson itu nanti," ujarnya.

Turut bersimpati dengan nasib Watson ialah Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Fadillah Yusof yang bercadang untuk mengadakan perjumpaan dengan jaguh pecut itu dalam masa terdekat bagi mencari jalan membantunya.

"Usaha tersebiit adalah sebagai meng- hargai jasa dan pengorbanan anak jati Sarawak itu dalam mengharumkan nama Bumi Kenyalang dan masih memper- tahankan rekod kebangsaan bagi acara 100m sejak 1998 dengan catatan 10.30 saat," jelas Fadillah.

Kosmo! kelmarin melaporkan pemegang rekod kebangsaan selama 18 tahun itu tidak mampu melunaskan pinjaman bank menyebabkan dirinya diisytiharkan bank- rap baru-baru ini.

Difahamkan, pinjaman berjumlah RM80,000 yang dibuatnya itu adalah untuk membayar kos rawatan mendiang bapanya yang menghidap kanser telinga dan mata. Bapanya itu meninggal dunia dua tahun lalu.

Dalam pada itu, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Dr. Ong Kong Swee berkata, Watson yang juga juru- latih olahraga sepenuh masa MSNS akan dipertimbangkan untuk kenaikan pang- kat agar beliau menikmati gaji baharu yang lebih baik.

"Sebagai bekas atlet bertaraf dunia, Wat­son sewajarnya boleh mengembangkan karier lebih luas dalam bidang kejurulatihan.

"Namun, beliau juga perlu mempertingkatkan tahap kejurulatihan bagi melayakkannya memegang jawatan lebih tinggi," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kong Swee memberitahu, MSNS juga akan berusaha mencari penaja bagi membolehkan Watson menjadi duta produk atau sebarang aktiviti anjuran mereka.

"MSNS juga telah melantik be­liau sebagai duta larian Sarawak Marathon Kuching 2016 edisi ketiga akan datang," ujarnya.

Sementara itu, Watson melahirkan kesyukuran atas keprihatinan pelbagai pihak yang berusaha membantunya keluar daripada masalah banki'ap ketika ini.

Beliau berkata, Naib Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Sarawak, Ripin Lamat berjumpa dengannya di Miri se­malam termasuk memberi sedikit sumbangan kewangan.

."Saya juga gembira apabila mendengar MSNS mahu menyediakan inisiatif bagi membolehkan saya mendapatkan lebihan wang dan ia saya sangat hargai.

"Saya sentiasa meinberikan komitmen jitu dalam tugasan sebagai jurulatih olah­raga di Miri dan akan torus memberikan perkhidmatan terbaik selepas ini," katanya ketika dihubungi semalam.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Curahan Bantuan Untuk Watson Nyambek"

Post a Comment