Denggi 100 Kes Dilaporkan Setiap Minggu


KES denggi kembali menunjukkan peningkatan dengan sekurang-kurang 100 kes di- catatkan setiap minggu di seluruh negara.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, pihaknya kini giat melaksana- kan aktiviti membasmi aedes bagi memastikan bilangan kes demam denggi dikurangkan.
Katanya, sebanyak 2,885 kes denggi dicatatkan pada minggu lalu, iaitu peningkatan sebanyak 100 kes berbanding minggu sebelumnya iaitu 2,785 kes.

"Angka ini amat membimbangkan kita... Selangor masih me- ngungguli carta teratas sebagai negeri terbanyak mencatatkan kes demam denggi," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Bantuan Rakyat lMalaysia (BRlM) kepada 789 penerima dari Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas di Sekolah Menengah Teluk Kumbar 2 di sini hari ini.

Hilmi berkata faktor yang menyumbang kepada kedudukan Selangor itu, kemungkinan disebab- kan faktor kepadatan penduduk di negeri berkenaan lebih tinggi berbanding negeri lain, sekali gus menyebabkan usaha pembasmian aedes kurang berkesan.

"Di kawasan padat penduduk, memang sukar kawal sistem perparitan, sampah sarap, malah ke- bersihan kawasan persekitaran," katanya.

Justeru, Hilmi menyeru orang ramai agar menjaga kebersihan rumah masing-masing selain perlu mengadakan gotong-royong pada setiap minggu untuk membasmi tempat pembiakan Aedes.

"Penduduk setempat juga perlu lebih rajin membersihkan kawasan persekitaran mereka dan jangan hanya tunggu petugas daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) mengadakan gotong-royong," ka­tanya. - BERNAMA


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Denggi 100 Kes Dilaporkan Setiap Minggu"

Post a Comment