Ibu Campak Bayi Tingkat 18 Didakwa Hari Ini



KUALA LUMPUR 6 Mac – Seorang wanita akan didakwa di mahkamah esok atas tuduhan mencampak bayi perempuan pramatang yang baru dilahirkannya dari balkoni rumah di tingkat 18 Flat Danau Kota di sini, pada 29 Februari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, suspek berusia 39 tahun itu akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.“Polis juga telah mendapatkan lanjutan tahanan reman terhadap wanita itu daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi tadi selepas tempoh reman enam hari yang diperoleh sebelum ini tamat pada hari ini.

“Keadaan suspek stabil, tapi kita masih menahan reman suspek di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana wanita itu perlu mendapatkan rawatan,” katanya di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, penduduk sekitar Flat Danau Kota gempar selepas menemukan mayat bayi yang berlumuran darah yang dipercayai dicampak oleh ibunya dari balkoni tingkat 18 flat tersebut.

Difahamkan, wanita yang be­kerja sebagai ejen hartanah itu me­ngalami tekanan perasaan kera­na dalam proses penceraian dengan suaminya, malah mereka dipercayai berkahwin di negara jiran serta belum mendaftarkan pernikahan de­ngan pihak berkuasa agama.

Wanita itu sebelum ini turut mendakwa bayi yang dilahirkan­nya telah meninggal dunia sebelum dia bertindak mencampakkan bayi tersebut dari tingkat 18 kediaman rumah sewanya itu.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Ibu Campak Bayi Tingkat 18 Didakwa Hari Ini"

Post a Comment