Pembangkang Tunggang Mahathir Untuk Tumbangkan BN



Niat Mahathir mungkin mahu tsunami politik berlaku seperti PRU 12 dan Pak Lah yang menjadi mangsa tempat lepas geram calon-calon yang kalah.

Kebarangkalian Mahathir mahu Najib juga dipersalahkan jika berlaku tsunami politik sebagaimana di zaman Pak Lah perdana menteri setelah sedar pengaruhnya untuk menjatuhkan Najib tidak lagi beraura dan sebab itulah beliau sanggup memperbodohkan pembangkang atau dia sanggup ditunggang pembangkang.

Mahathir mungkin masak pemikiran dari sudut lain,dari sudut usaha untuk menjatuhkan Najib dia kurang bijak,apa lagi usaha bergabung dengan pembangkang yang mahu menumbangkan Barisan Nasional dan bukanya Najib.

Bagi pemimpin pembangkang jika Najib tumbang ia tidak memberi kesan kepada mereka kerana Barisan Nasional masih mendomenasi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dan hal ini jauh lari dengan niat Mahathir hanya mahu menjatuhkan Najib.

Bagi Mahathir jika Najib berjaya digulingkan senang bagi beliau menentukan sesiapa yang akan menduduki jawatan Perdana Menteri asalkan dapat menuruti telunjuk beliau.

Mahathir perlu ingat!,tidak semudah itu untuk beliau menentukan kedudukan siapa yang layak mengantikan Najib kerana dia sendiri dilihat sebagai bapa yang cuba memecah belahkan UMNO di zaman Najib memikul jawatan Perdana Menteri.

Berkemungkinan besar Mahathir sedar gerakan untuk menjatuhkan Najib tidak berjaya dengan menggunakan UMNO,beliau mencuba nasib kearah pembangkang dengan menandatangi deklarasi anti Najib setelah dia keluar terbesar orang Melayu.

Deklarasi yang bercangah dengan perjuangan pembangkang yang sentiasa mahu menumbangkan Barisan Nasional bukanya Najib itu dilihat tidak akan memberi pengekalan penghujung cita-cita Mahathir berikutan Mahathir sendiri tidak berhasrat menukarkan kerajaan Barisan Nasional kepada kerajaan parti lain yang sebaris dalam Pakatan Harapan.

Oleh itu siapa yang lebih bodoh dalam hal ini,adakah pembangkang atau Mahathir?.Mahathir dilihat cuba menunggani kenderaan bersama dengan musuhnya dahulu dan hal ini tidak akan ada titik noktah atau destinasi muktamad memandangkan hasrat hati pembangkang dengan Mahathir tidak sekutu.

Mahathir harus imbau kembali sejarah dimana 106 orang yang ditangkap dibawah akta ISA pada 26 Oktober 1987 adalah siapa? dan bukankah sebahagiannya yang menyokong beliau mahu tumbangkan Najib?.

Dengan peristiwa penangkapan itu bukankah Mahathir dimaki caci? dan kini pembangkang jilat balik segala kahak hijau yang diludah itu semata-mata bersengkokol kerana Mahathir membenci UMNO.

Pada Sabtu 27 November 1983 di negeri Kedah beliau menyebut,'Saya bukan dipilih oleh saya sendiri,tapi oleh rakyat.Saya tidak boleh meletakkan jawatan melainkan disuruh oleh rakyat."

Pada ketika itu rakyat penyokong pembangkang berteriak bertempik agar Mahathir letak jawatan atau dijatuhkan,namun orang-orang UMNO tetap mempertahankan beliau kerana UMNO sebuah parti Melayu yang berjasa

Malah teriakan rakyat yang tidak suka Mahathir itu sehingga kepentas-pentas ceramah parti pembangkang tetapi pemimpin UMNO pada masa itu terus mempertahankan Mahathir sehingga ke tarikh peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Ketika itu tidak tercatat sejarah mana-mana tokoh UMNO yang keluar parti kerana mahu menumbangkang Perdana Menteri.

Bila penyokong UMNO yang mempertahankan Najib berkata,Najib dipilih oleh rakyat bukanya oleh Mahathir,ada pula pelawak-pelawak yang menyokong beliau bertanya dilaman-laman sosial.rakyat mana sokong Najib?.

Ketika Mahathir bersuara,'Saya bukan dipilih oleh saya sendiri,tapi oleh rakyat.Saya tidak boleh meletakkan jawatan melainkan disuruh oleh rakyat.Pelawak-pelawak itu masih lagi hingusan atau masih lagi dalam air mani.

Ingatlah!,seseorang yang dipilah Allah untuk memimpin sesebuah kumpulan tidak jatuh selagi tarikh yang ditetapkan Allah belum sampai.

-Hot Kelate


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Pembangkang Tunggang Mahathir Untuk Tumbangkan BN"

Post a Comment