NURUL DAN AJAI KONGSI KEJAYAAN ANAK DAPAT 9A


Penyanyi Nurul Wahab bersyukur dan bangga kerana anak perempuan kesayangannya, Ayu Nazira Mohd Faizal Maas (Ajai) berjaya mendapat keputusan cemerlang iaitu 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baru diumumkan pada Khamis.

Berita gembira itu dikongsikan penyanyi tersebut menerusi laman sosial Facebook dan juga Instagram.

Ayu adalah anak tunggal hasil perkahwinan Nurul dan bekas suami Ajai. Pasangan yang berkahwin pada 25 Disember 1996 itu bercerai selepas 11 tahun hidup bersama.

Sementara Ajai menerusi laman Instagramnya juga meluahkan rasa syukur dan gembira dengan kejayaan puterinya itu.
-budiey.com



Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "NURUL DAN AJAI KONGSI KEJAYAAN ANAK DAPAT 9A"

Post a Comment