Sarawak Teguh Dibelakang Najb



KUCHING - Kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak melahirkan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau memahami keperluan rakyat khususnya di Malaysia Timur iaitu Sarawak dan Sabah.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, Najib merupakan Perdana Menteri yang memberikan fokus penuh dalam pelbagai aspek dua negeri itu berbanding pemimpin
terdahulu.

"Apabila Najib menjadi Per­dana Menteri, beliau mempraktikkan Dasar Pandang ke Timur iaitu kepada Malaysia Timur," "katanya di sini semalam.

Dalam pada itu, di Alor Setar, Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah sebulat suara bersetuju tindakan tegas perlu dikenakan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang telah melanggar tataetika parti dengan menyertai Deklarasi Rakyat baru-baru ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, penglibatan Muhyiddin dan Mukhriz jelas telah melang­gar tataetika seperti yang termaktub dalam Perlembagaan parti kerana mereka berdua masih ahli UMNO yang sah.

Sementara itu di Bera, UMNO bahagian tersebut turut senada melahirkan rasa kesal dengan beberapa pemimpin UMNO yang bersekongkol bersama pemimpin DAP dan Parti Keadi- lan Rakyat demi menjatuhkan kepimpinan negara.

Dalam kenyataan semalam, UMNO bahagian itu turut mengesyorkan kerajaan raelucutkan jawatan kerajaan yang diberikan kepada Tun Dr. Ma­hathir Mohamad dan mengambil tindakan keatas pemimpin yang terbabit.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Sarawak Teguh Dibelakang Najb"

Post a Comment