PENUNJUK PERASAAN BANTAH AMBIL ALIH AKHBAR TURKI



ANKARA - TURKI. Pihak berkuasa Turki terpaksa menggunakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang berhimpun di luar ibu pejabat akhbar arus perdana pembangkang, Zaman di Istanbul, kelmarin.

Insiden itu tercetus selepas mahkamah mengarahkan pengurusan akhbar dan lembaga editorial diambil alih oleh lembaga pemegang amanah yang dilantik oleh hakim.

Difahamkan, pengambilalihan akhbar yang bergabung dengan gerakan Fethullah Gulen itu dibuat selepas Presiden Recep Tayyip Erdogan dan parti pemerintah, Keadilan dan Pembangunan (AK) memperhebatkan tekanan ke atas media di negara tersebut.

Susulan itu, jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), John Kirby turut mendesak pihak berkuasa Turki supaya menghormati kebebasan akhbar di negara itu, lapor Press TV.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "PENUNJUK PERASAAN BANTAH AMBIL ALIH AKHBAR TURKI"

Post a Comment