DAP merancang bertanding antara 35 hingga 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, berkata pihaknya menyasarkan untuk bertanding di 22 hingga 27 kerusi DUN itu yang majoritinya Dayak.

Katanya, kira-kira 60% ahli DAP di Sarawak adalah berketurunan Dayak dan menyuarakan kenyakinan akan memenangi sekurang-kurangnya 12 kerusi yang ditandingi.

“Saya jelas bahawa PRN bukan berkenaan penukaran kerajaan. Tan Sri Adenan Satem akan terus menjadi Ketua Menteri dan tiada keraguan mengenainya.

“Pembangkang yang kuat akan memastikan Sarawak tidak kembali ke era Abdul Taib Mahmud (bekas Ketua Menteri Sarawak),” katanya yang dipetik daripada Malaysiakini.

Chieng Jen berkata, Barisan Nasional (BN) masih tidak menunaikan semua janjinya, terutama perkara berkaitan autonomi dan Sarawak dianaktirikan.

Katanya, walaupun kerajaan negeri menikmati kuasa autonomi dalam beberapa bidang, namun semak dan imbang masih diperlukan.

Chieng Jen berkata, BN wajar mengembalikan kuasa autonomi Kerajaan Sarawak dalam bidang pendidikan, kesihatan, kewangan dan perkara hal ehwal dalaman negeri.
-FMT


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk " "

Post a Comment