Jangan Gugat Institusi Kepimpinan UMNO


IPOH - Tindakan segelintir pemimpin UMNO yang bersekongkol dengan pihak pembangkang demi menjatuhkan pemimpin negara merupakan perbuatan yang menggugat demokrasi dan Perlembagaan Persekutuan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembang­kang dilihat amat teruja untuk bersama-sama dengan beberapa pemimpin UMNO menentang kepimpinan UMNO dan Barisan Nasion- al yang telah membentuk kerajaan sedia ada.

Beliau berkata, tindakan tersebut bukan sahaja dilakukan untuk menjatuhkan kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib merupakan perbuatan yang Tun Razak secara individu menggugat institusi kesemata-mata, bahkan ia pimpinan UMNO.

"Dalam hal ini, ia menggu- gat institusi kesemua peringkat dalam UMNO di seluruh negara termasuk di negeri Perak," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan UMNO Cawangan dan Pergerakan Wanita/ Pemuda/ Puteri Cawangan Negeri Perak 2016 di Stadium Indera Mulia di sini semalam.

Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Dalam majlis tersebut, seramai 6,000 ahli dari 1,711 cawangan UMNO seluruh Perak turut hadir.

-Kosmo


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Jangan Gugat Institusi Kepimpinan UMNO"

Post a Comment