Nazmizan Lelong Spike Emas Untuk Bantu Matson Nyembek

Nazmizan-
KUALA LUMPUT - Bekas Raja Pecut Asia Tenggara, Nazmizan Muhammad akan melelong kasut 'Spike Emas' ke- sayangannya yang digunakan sewaktu meraih pingat emas 100 meter (m) dan 200m Sukan SEA 2003 di Hanoi, Vietnam dengan sasaran kutipan berjumlah RM100,000 sebagai tanda bantuan buat Watson. "Sebagai kawan, saya bersimpati dengan nasib Watson. Saya akan cuba tolong dia mungkin dengan cara melelong spike saya pakai ketika memenangi dua pingat emas pada Sukan SEA 2003.

"Jika terjual, saya akan serahkan duit itu kepada Watson supaya dia dapat se- lesaikan hutang bank. Itu yang mampu saya lakukan buat bekas rakan seperjuangan saya," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sekiranya 'Spike Emas' tersebut terjual dengan harga kurang daripada RM100,000, bekas atlet kelahiran Dun- gun, Terengganu itu tetap akan meraberikannya kepada Watson.

"Sasaran saya un- tuk RM100,000 tetapi kalau ada orang nak beli dengan harga RM70,000 atau RM80,000 saya akan lepaskannya buat Watson. Baki selebihnya itu mungkin ada kawan-kawan yang lain dapat membantu Watson.

"Saya tak menyesal untuk melelong spike saya, janji ada orang nak beli de­ngan harga yang saya tetapkan. Watson ialah rakan yang bersama-sama berjuang menaikkan nama negara dalam arena pecut dahulu," jelasnya.

Sebagai rekod, Nazmizan, 35, meme- nangi pingat emas 100m dengan cata- tan masa 10.47s dan 21.05s dalam acara 200m Sukan SEA 2003 lalu.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Nazmizan Lelong Spike Emas Untuk Bantu Matson Nyembek"

Post a Comment