Warga Asing Cuba Rogol Lembu Ditangkap

Gambar Hiasan-

Batu Pahat: Tindakan seorang warga asing yang cuba melampiaskan nafsu luar tabiinya terhadap seekor lembu di sebuah ladang di Sri Sulong, Parit Sulong di sini, membawa padah apabila niatnya disedari penternak lembu berkenaan sebelum ditahan.

Lelaki berusia 30-an itu dikatakan pernah ‘menyetubuhi’ lembu betina lain hingga mati dengan mengikat dua kaki belakang lembu betina bagi mengelak dia ditendang haiwan berkenaan ketika asyik ‘berasmara’.

Penternak lembu Sukiman Ab Majid, 54, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi 11 Februari lalu.

Menurutnya, ketika itu, dia meninjau keadaan haiwan ternakannya di kawasan benteng banjir di Ladang Sri Sulong, Pasir Sulong di sini.

Katanya, dia terkejut apabila melihat seorang lelaki warga asing berusia dalam lingkungan 30-an berdiri berhampiran lembu betinanya.

myMetro 17 Feb 2013


Warga Bangladesh cuba rogol lembu ditangkap


BATU PAHAT: Penduduk di Parit Sulong di sini terkejut dengan kejadian baru-baru ini di mana seorang lelaki cuba merogol seekor lembu betina di sebuah ladang kelapa sawit yang berdekatan di sini.

Suspek, warga Bangladesh berusia 30an, ditangkap cuba melakukan perbuatan tidak senonoh itu dengan kain pelikatnya tersingkap sehingga ke paras pinggang dan berada berhampiran seekor lembu betina berusia setahun oleh pemiliknya apabila di pergi meninjau keadaan pada Isnin lalu.

Pemilik lembu tersebut kemudian mengejar suspek dan berjaya menangkapnya yang kemudian diserahkan kepada pihak berkuasa dalam kejadian pukul 5.30 petang itu.

Difahamkan, suspek yang berkerja di kilang perabot berhampiran pernah cuba melakukan perkara yang sama di kawasan tersebut kira-kira enam bulan lalu tetapi dilepaskan dan diberi amaran oleh penduduk kampung.

Pemilik ternakan, Sukiman Ab Majid, 54, berkata dia terkejut apabila melihat salah seekor lembunya ditolak dan kakinya diikat oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika melakukan rutin tinjauan.

"Apa yang lebih mengejutkan ialah saya lihat suspek yang memakai t-shirt dengan kain pelikat tersingkap sehingga ke paras pinggang sedang cuba melakukan perbuatan tidak senonoh dengan lembu tersebut," katanya ketika ditemui hari ini.

Sukiman berkata dia kemudiaan mengejar dan menahan suspek dalam semak berhampiran sebelum menghubungi polis.

Katanya lagi, kejadian yang sama berlaku terhadap seekor lembu kepunyaan pemilik lain di kawasan yang sama kira-kira 6 bulan lalu.

"Dalam kejadian itu, seekor lembu betina dijumpai mati selepas dijerut dengan tali dan dipercayai telah "dirogol"," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat Timbalan Komissioner Din Ahmad berkata suspek telah direman sementara menunggu siasatan.

"Polis sedang menyiasat motif suspek kerana lembu tersebut dijumpai dengan kesemua kakinya diikat. Walau bagaimanapun, polis hanya boleh mendakwa suspek menceroboh tanah persendirian kerana ketika ditangkap suspek tidak melakukan hubungan luar tabii dengan haiwan berkenaan.

"Pegawai penyiasat akan melihat dari semua sudut kerana 6 bulan yang lalu, kejadian yang sama juga berlaku di mana seekor lembu mati akibat lemas dan disyaki "dirogol" di kawasan tersebut tetapi pemilik tidak membuat laopran polis," katanya.

Sumber NST 16 Feb 2013


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Warga Asing Cuba Rogol Lembu Ditangkap"

Post a Comment