Bawang Ramuan Penting Perubatan



Bawang lazimnya digunakan sebagai perisa utama dan memberikan rasa pedas kepada masakan.
Bagaimanapun, ramai yang tidak sedar kepentingan tumbuhan ini dalam bidang rawatan perubatan.
Di India, bawang adalah ramuan perubatan yang penting sebagai perangsang, melawaskan pembuangan air kecil atau sapuan di bahagian luar kulit.

Pakar Pemakanan Fitness Institute of Texas, Universiti Texas, Amerika Syarikat (AS), Victoria Jarzabkowski, berkata sumber terhebat bawang adalah vitamin C, sulfur, flavonoids dan fitokimia.
Fitokimia atau fitonutrien secara semula jadi kata beliau, terdapat di dalam buah-buahan dan sayuran yang bertindak balas dengan tubuh bagi mengesan reaksi kesihatan.

Flavonoids katanya, bertanggung jawab untuk warna di dalam buah-bua­han dan sayur-sayuran.
"Kajian menunjukkan bawang membantu mengurangkan risiko penyakit parkinson, kardiovaskular dan strok.

Jarzabkowski menjelaskan bahan di dalam flavanoid di dalam bawang adalah quercetin yang ber- tindak sebagai antioksidan yang dipercayai berupaya mencegah serangan barah.
Berdasarkan kajian Pusat Perubatan Univer­sity of Maryland, bawang mengurangkan gejala jang- kitan pada pundi kencing, menggalakkan kesihatan prostat dan merendahkan tekanan darah.

Bantu kekal kesihatan
Menurut Pertubuhan Bawang Kebangsaan di Amerika Syarikat, kepen- tingan bahan fitokixnia di dalam bawang membantu mengekalkan kesihatan dan bertindak sebagai anti barah dan bahan antimikrob.

Berdasarkan laporan jurnal penyelidikan Fitotera- pi bagi tahun 2002, bawang adalah sumber antioksidan yang penting di dalam diet kerana digunakan sebagai bahan masakan di seluruh dunia.
Kandungan antioksi­dan yang tinggi menjadikan rasanya lebih manis dengan aroma yang kuat selain membantu kesihatan jantung, mengurangkan radang dan menurunkan risiko barah.
"Saya suka menca- dangkan makan bawang kerana ia menambah perisa tanpa garam mahupun gula," kata Jarzabkowski.

Bawang juga rendah kalori, sodium dan bebas kolesterol selain mengan- dungi serat, asid folik dan vitamin B yang membantu tubuh menghasilkan sel baharu lebih sihat.

Kajian pada tahun 2005 oleh jurnal Pertanian dan Kimia Makanan AS, mendapati bawang mengandungi flavonoids yang tinggi pada lapisan luar kulitnya.

Justeru, anda perlu berhati-hati semasa mengupas bahagian kulitnya.

Keluarga herba
Bawang adalah sebahagian daripada keluarga sayur- sayuran dan herba yang termasuk kucai, bawang putih dan daun bawang.

Boleh didapati di dalam pelbagai saiz, bentuk, warna dan rasa tetapi yang paling biasa bawang berwarna merah, kuning dan putih.

Rasanya ada yang manis dan berjus dengan rasa agak tajam dan pedas, bergantung kepada musim ditanam atau dimakan.

Dianggarkan lebih 105 bilion kilogram bawang dituai setiap tahun di seluruh dunia.
Akhbar perubatan, Medi­cal News Today melaporkan bawang juga berguna untuk merawat demam dan bronkitis kronik.

Apabila dicampurkan dengan garam, bawang menjadi bahan semula jadi untuk merawat kolik dan apabila dimakan mentah, bawang juga membantu mengatasi kencing tidak lawas.

Sejukkan bengkak
Sekiranya mengalami bisul, kesan lebam atau luka, bawang boleh memberikan kesan penyejukan. Cara- nya dengan memanggang bawang dan sapukan kepada bahagian terbabit.
Jus bawang juga boleh digunakan untuk merawat pengsan, bayi yang men­galami kekejangan, sakit kepala dan masalah sawan atau epilepsi.

Campuran pati bawang dan air panas boleh diletakkan di bawah telapak kaki untuk mengatasi masalah kekejangan. Pati itu juga berupaya merawat kesan gigitan serangga atau penyakit kulit kerana mengandungi antibiotik.

Mereka yang mengala­mi reumatik dan radang akibat bengkak, jus bawang yang hangat dan dicam- iparkan minyak kelapa dapat membantu.

Atasi demam malaria
Sekiranya anda menderita tuberkulosis atau tibi pulmonari, anda dinasi- hat mengambil bawang mentah.

Makan bawang mentah dua kali sehari bersama lada merah dapat menga­tasi demam malaria.
Masyarakat di Mexico, mengambil bawang dalam diet harian mereka dan amalan ini melawaskan air kecil bagi meningkatkan fungsi dalam usus terbabit.

Apabila digabungkan dengan jus bawang putih, campuran itu bermanfaat untuk masalah keresahan, insomnia dan ruematik.

Makan tiga sudu makan jus bawang dan bawang putih, tiga kali sehari.
Ia juga baik bagi mem- bersihkan darah dan mem­bantu masalah jangkitan hidung dan tekak kerana bahan anti bakteria semula jadi.

Di Mesir purba dan ne- gara lain, bawang putih adalah bahan paling ber- harga untuk kesihatan.
Bawang putih men­gandungi anti viral, anti fungal dan anti mikrob. Ia digunakan sebagai antibio­tik ketika peperangan.

Manfaat kecantikan
Selain bermanfaat untuk kesihatan, bawang yang sering dianggap mengelu- arkan bau yang busuk juga bermanfaat untuk kecan­tikan.

Bawang mengandungi gula asli, vitamin A,B6,C dan E, mineral seperti sodium, potasium, zat besi dan serat pemakanan selain sumber terbaik untuk asid folik.

Bawang padat dengan khasiat makanan bermak- na ia juga rendah kalori tetapi tinggi khasiat seperti vitamin, mineral dan antioksidan.

Bawang juga mengandungi jumlah kecil kalsium, zat besi, folat dan magne­sium.
Jus bawang sangat berkesan dalam mencegah rambut gugur dan pada masa sama menggalakkan pertumbuhannya.

Sulfur di dalam bawang membantu menggalakkan peredaran darah pada kulit kepala dan mengeluarkan kolagen diperlukan untuk rambut baharu.
Cara menghasilkan jus bawang adalah dengan men- campurkan satu sudu teh madu dengan dua atau tiga titik minyak pati lavender.

Sapukan ke atas kulit kepala dan urut perlahan- lahan diikuti dengan menu- tup rambut dengan tuala atau topi mandian dan biarkan selama satu jam.

Basuh rambut dengan air dan syampu seperti biasa. Rawatan ini boleh dilakukan dua hingga tiga kali seminggu sehingga memberikan hasil diinginkan.

Rawat kutu kepala
 Jus bawang mentah mem­bantu menjadikan kulit sihat dan bersinar dengan memu- darkan bintik hitam dan jeragat selain merawat jerawat. Kaya dengan quercetin, salah satu antioksidan paling berkuasa, bawang memban­tu kulit bebas kedutan.

Tambahan pula kandungan vitamin dan sulfur dalam bawang melindungi kulit daripada radikal bebas selain menjadikan kulit licin dan lembut.

Campurkan satu sudu besar jus bawang ke dalam setengah sudu besar dadih dan sapukan kepada muka dan leher. Biarkan selama sepuluh minit dan bilas dengan air suam.

Topeng muka
Gunakan campuran ini sebagai masker atau topeng muka dua kali seminggu.
Sekiranya banyak kutu di kepala, kandungan sulfur di dalam bawang mem- bunuhnya termasuk juga telurnya.

Sapukan pada kulit kepala dan urut perlahan lahan sebelum kepala ditutup selama dua hingga tiga jam dan di basuh dengan syampu dan air suam.

Biarkan rambut kering, kemudian disikat dengan sikat kutu untuk mengelu­arkan kutu dan telur yang sudah mati.

Ulangi selama tiga hari berturut-turut kemudian lakukan sekali seminggu untuk beberapa bulan bagi mencegah kutu kembali.

-Berita Harian


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Bawang Ramuan Penting Perubatan"

Post a Comment