PENYAMUN BERLAGAK ALIM DITANGKAP


KOTABHARU-Seorang lelaki dipercayai 'penyamun berkopiah' yang melarikan beg tangan seorang guru semasa mangsa sedang menunaikan solat Subuh di Masjid Istana Negeri, Jalan Wakaf Stan, Kubang Kerian di Sini berjaya diberkas polis kelmarin.

Suspek berusia 29 tahun itu berjaya ditangkap dalam satu serbuan pada pukul 10 pagi berdasarkan mak- lumat serta risikan di rumahnya di Simpang 4, Jalan Pauh di sini.


Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu (gambar) berkata, suspek yang menyedari kehadiran pihak polis cuba melarikan diri melalui tingkap rumahnya, namun gagal.

"Hasil pemeriksaan turut menemui kad pengenalan milik guru terbabit yang dilarikan bersama beg tangan mangsa dalam poket seluarnya," katanya ketika dihubungi semalam.

Baharom berkata, suspek yang masih bujang itu tidak mempunyai pekerjaan dan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangu- nan.

Kelmarin, Kosmo! menyiarkan laporan seorang guru wanita berputih mata selepas beg tangannya dilarikan seorang lelaki berkopiah semasa sedang menu­naikan solat Subuh di Masjid Istana Negeri, Jalan Wakaf Stan, Kubang Kerian, Rabu lalu.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "PENYAMUN BERLAGAK ALIM DITANGKAP"

Post a Comment