KERAJAAN NEGERI AKAN BANTU WATSON NYABEK

 KUCHING - Kerajaan negeri akan membantu menyelesaikan masalah pinjaman sebanyak RM100,000 bersama tunggakan faedah yang dihadapi oleh bekas jaguh pecut negara, Watson Nyambek dalam masa terdekat.

Pemegang rekod kebangsaan bagi acara 100 meter itu diisytiharkan bankrap baru-baru ini kerana gagal melunaskan bayaran pinjaman Bank Islam yang digunakan untuk membia- yai rawatan mendiang bapanya yang menghidap kanser telinga dan mata.

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berkata, bantuan itu diberikan kerana kerajaan negeri menghargai setiap sumbangan yang diberikan oleh para atlet Bumi Kenyalang.

"Kerajaan negeri sangat menghargai apa yang dilakukan oleh atlet kepada negeri," katanya pada sidang akhbar selepas Program Sejiwa Senada di Kapit semalam.

Sementara itu, Pemuda BarisanNasional (BN) Sarawak juga akan mencari jalan penyelesaian terbaik dalam usaha mem- bantu bekas jaguh pecut negara itu yang diisytiharkan bankrap baru-baru ini.

Ketua Pemuda BN negeri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Kerja Raya berkata, pihaknya akan mengatur pertemuan dengan Watson dalam masa terdekat bagi mendengar sendiri masalahnya.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak, Dr. Ong Kong Swee yang terkejut dengan berita mengenai Wat­son yang diisytiharkan bankrap berka­ta, bekas pelari pecut itu tidak pernah mengadu sebarang masalah dan tetap komited dalam melaksanakan tugasannya sebagai jurulatih di Miri.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya akan bertemu dengan Wat­son dalam masa terdekat bagi membin- cangkan bantuan yang dapat diberikan kepadanya.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "KERAJAAN NEGERI AKAN BANTU WATSON NYABEK"

Post a Comment