BERI PELUANG PADA NAJIB TERUS MENTADBIR

GOMBAK - Pakatan yang mahu mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri perlu memberi peluang kepada pemimpin berkenaan yang mempunyai baki kira-kira dua tahun mentadbir negara sebelum pilihan raya umum.

Rais Yatim
Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bergabung dengan pemimpin pembangkang dalam pa- katan itu disifatkan sebagai satu langkah terdesak.

"Ada hal-hal berkaitan yang belum selesai. Ada dua tahun lagi untuk buat 'kerja rumah', tidak boleh disuruh (Najib) turun," katanya selepas me- rasmikan majlis prapelancaran Universiti Islam Antarabangsa
Ahmad Shabery Cheek

Malaysia Alumni Global Home Coming 2016 di sini semalam.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Dr. Mahathir bersama pemimpin pembangkang mengumumkan Deklarasi Rakyat bagi mendesak Najib meletak jawatan.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan tindakan pakatan terbabit bukan sesuatu luar biasa malah ia antara cabaran yang akan dila- lui setiap parti pemerintah dan pemimpin.

Beliau percaya keupayaan menempuh cabaran itu akan menjadikan parti lebih kuat.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "BERI PELUANG PADA NAJIB TERUS MENTADBIR"

Post a Comment