TEROKA PELUANG PROJEK DI ARAB SAUDI



KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) berharap lebih banyak syarikat Ma­laysia diberi peluang bersaing untuk mendapat projek infrastruktur di Arab Saudi.

"Hubungan Malaysia dan Arab Saudi kini berada pada tahap tertinggi dan saya yakin kita akan terus merapatkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara.

"Saya berharap lebih banyak syarikat Malaysia diberi peluang bersaing untuk mendapatkan projek infrastruktur utama di Arab Saudi, mengikut jejak langkah Prasarana Malaysia dalam projek (pengangkutan kereta api) Al-Mashaaer Al-Mugaddassah Makkah Metro Southern
Line," katanya menerusi laman sosial Facebook milik beliau semalam.

Sebelum ini, Najib telah mengadakan lawatan kerja ke Arab Saudi mulai 1 hingga 3 Mae lalu. Bernama


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "TEROKA PELUANG PROJEK DI ARAB SAUDI"

Post a Comment