Lemas Dikolam Renang



DUNGUN - Seorang pelajar tingkatan satu lemas ketika mandi dalam kolam renang di sebuah kelab di sini, petang tadi.

Mangsa Tan Yi Hong, 13, berkunjung ke kelab tersebut bersama anggota keluarganya kira-kira pukul 6.10 petang.

Bagaimanapun ketika sedang mandi kedua ibu bapa dan abang mangsa yang berada di tepi kolam berkenaan mendapati mangsa tenggelam timbul dan cuba menarik mangsa ke tepi namun gagal.

Beberapa pengunjung kelab yang menyaksikan insiden itu turut membantu dan terjun ke dalam kolam dan membawa mangsa naik.

Namun pelajar yang tinggal di Kampung Batu Lima gagal diselamat dan meninggal di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk bedah siasat. - Bernama




Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Lemas Dikolam Renang"

Post a Comment