DADAH RM1.6 JUTA BERJAYA DIRAMPAS


KUALA LUMPUR-Tiga sindiket pemprosesan dan pengedaran da- dah heroin, syabu, esta- cy dan ganja bernilai RM1.6 juta, tumpas selepas digempur Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING), dalam tempoh 24 jam sejak kelma- rin.

Serbuan dijalankan sejak petang kelmarin dan berakhir pagi semalam di Pulau Langkawi; Taman Teja, Changlun, Kedah dan mak- mal pemprosesan dadah di Cameron Highlands.

Dalam ketiga-tiga serbuan itu pasukan STING menahan 17 rakyat tempatan, termasuk seorang wanita yang diperca- yai adalah pembekal utama dadah heroin dan estacy diPulau Langkawi.

Wanita terbabit dipercayai mendapatkan bekalan dadah berkenaan dari tanah besar dan mengedarkannya kepada penjual kecil-kecilan di sekitar pulau sejak tahun lalu.

3 ditahan di hotel
Di Cameron Highlands, pasukan STING pada mulanya menahan tiga individu di sebuah hotel di Brinchang sebelum membawa kepada serbuan sebuah makmal mem- proses syabu di kawasan Blue Valley.

Hasil serbuan susulan itu polis menahan empat lagi suspek serta merampas peralatan memproses dadah syabu, syabu tulen dan bahan kimia.

Siasatan mendapati lima da­ri individu terbabit pernah di­tahan atas kesalahan berkai- tan dadah dan dikenakan tindakan mengikut Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK).

Tahan empat orang
Serbuan ketiga pasukan eht Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di Taman Teja, Changlun, membawa ke­pada penahanan empat indi­vidu yang dipercayai turut terbabit memasarkan dadah heroin dan estacy ke sekitar Lembah Klang dan utara ta­nah air.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menerusi laman sosial Twitter miliknya turut merakamkan penghargaan kepada STING atas ke- jayaan menumpaskan tiga sindiket dadah berkenaan.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "DADAH RM1.6 JUTA BERJAYA DIRAMPAS"

Post a Comment