Punca Sebenar Barcelona Sukar Ditewaskan



Madrid - Ketuajurulatih Barcelona, Luis Enrique menyifatkan sikap para pemainnya yang tidak mengenal erti putus asa menjadi punca mereka sukar dikalahkan.

Ia dibuktikan menerusi kejayaan awal pagi semalam yang menyaksikan Bar­celona tidak menghadapi masalah untuk membelasah Rayo Vallecano 5-1 pada aksi La Liga.

Kemenangan tersebut sekali gus menyaksikan skuad The Calatalans itu mencipta rekod baharu se- laku pasukan yang tidak tewas selepas mengharungi 35 perlawanan liga.

Rekod tersebut turut mengatasi pencapaian yang pernah dilakar Real Madrid pada musim saingan kempen La Liga 1988-1989 yang mencatat 34 aksi tanpa kalah.

"Kami sedang meng­harungi musim ini dengan bergaya. Kami perlu tunggu dan lihat perkara yang boleh dicapai pada hujung musim ini. Buat masa ini, kami layak digelar juara liga.

"Mengikut statistik, kami kurang baik dari segi sepakan penalti, tetapi akhirnya kami masih boleh menja- ringkan gol. Saya harap kami mampu memperbaiki semua kelemahan itu.

"Bagaimanapun, kelema­han itu tidak pernah men­jadi perkara yang membimbangkan saya dan pasukan ini," ujar Enrique.

Pada aksi menewaskan Rayo, Ivan Rakitic terlebih dahulu memecah kebuntuan pada minit ke-22 sebe- lum pemain terbaik dunia, Lionel Messi meledak gol kedua Barca berselang seminit.

Babak kedua perlawa­nan pula, Messi sekali lagi menyumbat gol pada minit ke-53, namun skuad tuan rumah berjaya merapatkan jurang menerusi tandukan disempurnakan Manucho (m-57).

Memasuki minit ke-69, Barcelona berpeluang me- nambah jaringan selepas di- hadiahkan sepakan penalti, namun gagal menyempuinakan peluang tersebut.

Kekecewaan Barcelona untuk berpesta gol berjaya diubati menerusi jaringan hatrik Messi berselang em- pat minit kemudian.

Pemain baharu Barce- 1 lona, Arda Turan turut mencipta nama selaku pen- jaring gol pada minit ke-86. - Agensi


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Punca Sebenar Barcelona Sukar Ditewaskan"

Post a Comment