ZAMAN KHAN TIDAK TERLIBAT KOMPLOT JATUHKAN NAJIB

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan kesal dengan tindakan pihak tertentu mengaitkan dirinya dalam gerakan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

Katanya, gerakan dicetuskan Tun Dr Mahathir Mohamad, bertujuan bagi menarik sokongan rakyat tidak sewajarnya berlaku.

Zaman yang juga Pengerusi
Biro Integriti Majlis Perundingan Melayu (MPM), berkata beliau tidak pernah dijemput atau diminta bersama dalam kumpulan itu, biarpun mengetahui mengenai majlis menan- datangani deklarasi itu, kelmarin.

ZAMAN KHAN
Tak terima jemputan
"Tak pernah saya kata saya sokong usul untuk menjatuhkan Najib. Saya tahu pun (nama dikaitkan) dari anak saya. Saya tengok ada nama Tun Daim (Zainuddin) sekali, ra- mai tokoh, tapi saya bukanlah tokoh.

"Saya tidak mahu dikaitkan dengan aktiviti ini, tiada juga jemputan dimaklumkan supaya saya menyertai salah seorang yang melawan Najib, memang tiada dan saya tidak mahu," katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini, semalam.

Zaman kini sedang mendapatkan rawatan sejak Isnin lalu dan keadaannya dilaporkan stabil.

Selain itu, katanya, tindakan Dr Mahathir mengadakan maj­lis itu sekadar usahanya untuk menghimpunkan serta mencari nama individu atau tokoh tertentu, tetapi caranya salah.

Zaman berkata, beliau yakin gerakan itu tidak akan menggugat keamanan negara, sebaliknya hanyalah protes dan tunjuk perasaan sesetengah individu kepada individu lain, tetapi ia mesti dipantau pihak berkuasa.

Bersatu demi keamanan
Sehubungan itu, beliau mengajak pemimpin dan orang Melayu supaya bersatu dan ti­dak berpecah kerana ia kunci kepada sebuah keamanan dan kestabilan politik dalam ne­gara.

"Sekarang ini Melayu sudah berpecah, ada duduk dalam PAS, PKR, Melayu DAP dan PAN (Parti Amanah Negara), ada juga Melayu yang melawan kerajaan, jadi senanglah Melayu mahu dipecahkan.

"Kita bukan mahu menindas bangsa lain, tapi niatnya un­tuk menyatupadukan bangsa kita. Tidak bolehlah yang minoriti menjadi pemerintah, ia akan membentuk suasana yang tidak stabil," katanya.
Zaman berkata, rakyat dan sesetengah pemimpin di ne­gara ini sepatutnya bertindak secara demokrasi dengan menggunakan pilihan raya saluran memilih pemimpin dan kerajaan.

"Gunakanlah cara demokra­si, kalau kerajaan tidak betul, atau pemimpin itu tidak betul, kita gunalah saluran pilihan raya, kita boleh boikot," ka­tanya.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "ZAMAN KHAN TIDAK TERLIBAT KOMPLOT JATUHKAN NAJIB"

Post a Comment