Malaysia Belanda Pererat Kerjasama

Lembaga Minyak Sawit Ma­laysia (MPOB) menganjurkan bengkel Sub-Committee on Oil Palm (SCOP) di bawah Jawatankuasa Bersama Malaysia- Belanda dalam Bidang Kayu-Ka- yan dan Komoditi pada 15-16 Feb- ruari lalu.


Bengkel yang berlangsung selam a dua hari dihadiri pakar dari Belanda dan MPOB.
Objektif utama penganjuran bengkel berkenaan adalah bagi membincangkan projek kerjasama dalam sektor sawit di antara Malaysia dan Belanda dengan le- bih terperinci.

Delegasi Belanda diketuai oleh Penyelaras Dasar, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Belanda, Fre- derik Heijink. Delegasi turut di- sertai Ketua Program Sustainable Development of the Netherlands Oils and Fats Industry (MVO), Dr Eddy Esselink, Dr Maja (M.A.) Slingerland, Dr Wolter Elbersen dan Peter van de Meer, pakar dalam bidang pertanian.

Turut serta delegasi ini dua wakil daripada Kedutaan Belanda iaitu Lucie Wassink dan Hoh Li Huan.

Bincang potensi kerjasama
Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Choo Yuen May dalam ucapan aluannya menjelaskan bahawa bengkel ini diadakan sebagai su- sulan kepada Mesyuarat Pakar (Expert Meeting) SCOP yang diadakan pada 13 November 2015, di mana Malaysia dan Belanda membincangkan potensi kerjasa­ma di dalam sektor sawit di an- tara dua negara.

Kertas keija projek kerjasama ini dibentangkan dua negara da­lam mesyuarat itu dan bersetuju mengenal pasti serta memilih be- berapa bidang projek khusus bagi membolehkan kerjasama ini ber- gerak ke tahap seterusnya.

Bengkel ini turut mengatur la- watan ke beberapa fasiliti MPOB seperti Pusat Teknologi Biojisim Sawit di Stesen Penyelidikan MPOB dan Bahagian Penyelidi­kan Kemajuan Teknologi Oleo- kimia (AOTD) di Ibu Pejabat MPOB.

Di samping itu, delegasi Belanda juga berkesempatan melawat plot penyelidikan bagi projek in tegrasi tanaman dan ternakan dengan sawit yang bertempat di Stesen Penyelidikan MPOB Keratong, Pahang.

Capai objektif
Bengkel SCOP berjaya mencapai objektifnya untuk mengenal pasti dan membincangkan dengan le- bih terperinci bidang kerjasama sawit dari segi pengeluaran sawit mampan dan produk tambah ni- lai daripada sawit.

Kedua-dua pihak bersetuju agar mesyuarat SCOP yang se- terusnya diadakan di Belanda sempena Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia-Belanda dalam Bidang Kayu-kayan dan Ko- moditi yang akan diadakan pada Jun 2016 di samping meraikan Belanda sebagai tuan rumah bagi The European Biomass Conferen­ce and Exhibition (EUBCE) pada 9 Jun 2016.



Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Malaysia Belanda Pererat Kerjasama"

Post a Comment