MANGSA NAHAS DIKEBUMI SATU LIANG



KUALA NERUS-Jenazah empat sekeluarga yang ditemui ren- tung dalam kereta di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah selatan, dekat Ipoh, Perak, awal pagi Khamis lalu, selamat di- kebumikan dalam satu liang lahad di sini, pagi semalam.

Jenazah Rosmani Abd Ghani, 65; anaknya, Azhar Abdul Rahim, 44; serta dua cucunya, Muhammad Ai- zat Azhar, 18, dan Muham­mad Daniel Azhar, 13, dikebumikan di Tanah Perkuburan Hajar Kampung Gong Awang Lib di sini, kira-kira jam 8.30 pagi.

Terdahulu, jenazah empat beranak itu tiba di per- karangan rumah mereka di Kampung Wakaf Te- ngah dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HR- PB), pada jam 5.30 pagi dan disembahyangkan di Masjid Pantai Mengabang Telipot, pada 6.30 pagi.

Penghormatan akhir
Hampir 300 jemaah, ter- masuk penduduk kam­pung hadir sebagai peng­hormatan terakhir kepada mangsa.

Turut kelihatan Abdul Rahim Talib, 69, suami Rosmani dan Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Sha- rifuddin Abd Ghani, adik kepada Rosmani yang di- lihat tenang sepanjang pe- ngebumian berlangsung.

Sementara itu, di Ipoh, pemandu treler berusia 35 tahun yang terbabit dalam kemalangan meragut nya- wa empat sekeluarga itu direman empat hari, bermula semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, berkata pe­mandu berkenaan turut mempunyai enam rekod lampau membabitkan pelbagai kesalahan jalan raya dan direman sehingga 8 Mac ini bagi membantu siasatan kos.

Chang Keong berkata, hasil bedah siasat terhadap keempat-empat mang­sa mendapati tiga daripa- danya cedera parah di kepala akibat rempuhan dalam kemalangan itu.
Mangsa cedera parah

"Tiga mangsa berkenaan ialah Azhar dan ibunya serta anaknya, Muham­mad Aizat manakala seorang lagi anak mangsa, Muhammad Daniel mengalami sesak nafas terhidu asap kebakaran sebelum semua mereka ditemui rentung," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Setakat ini, menurut beliau, masih belum ada saksi tampil memberikan keterangan berhubung keja- dian itu dan pihaknya juga masih menyiasat bagai- mana kereta berkenaan boleh tersepit di bawah treler terbabit.

Mayat empat sekeluarga itu rentung dalam kereta Honda Accord di bawah treler yang terbabas dan hanya ditemui selepas lebih 34 jam kejadian itu berlaku ketika treler ter­babit dialihkan oleh pasukan penyelamat.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "MANGSA NAHAS DIKEBUMI SATU LIANG"

Post a Comment