Mafia Terima Padah Ketika Rompak Kedai Senjata Api



BANGKOK – THAILAND. Cubaan sekumpulan gangster untuk merompak sebuah kedai jualan senjata api bukan sahaja menemui kegagalan, malah hampir menyebabkan mereka kehilangan nyawa apabila pemilik dan pekerja premis berkenaan mula melepaskan tembakan ke arah kumpulan itu.

Portal Shanghaiist.com melaporkan, kumpulan ahli kongsi gelap terbabit tidak mampu berbuat apa-apa sebaik sahaja dihujani peluru kerana mereka hanya menggunakan pistol palsu untuk merompak kedai berkenaan.

Difahamkan, cubaan rompak itu yang berlaku kira-kira jam 10 pagi semalam telah menyebabkan dua daripada lima anggota terbabit tercedera, manakala tiga yang lain sempat melarikan diri tanpa mengalami kecederaan.‎

Laporan di tempat kejadian mendapati salah seorang yang tercedera meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi suspek juga cedera namun sempat melarikan diri.

Kesemua suspek dilihat berlegar di sekitar kedai itu beberapa hari sebelum kejadian.

Hasil siasatan awal mendapati kesemua suspek merupakan warganegara China yang tidak fasih berbahasa Thai.

-Sinar Harian


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Mafia Terima Padah Ketika Rompak Kedai Senjata Api"

Post a Comment