WATSON NYAMBEK DIISYTIHAR MUFLIS



MIRI — Pemegang rekod kebangsaan acara 100 meter, Watson Nyambek diisytiharkan bankrap se- lepas gagal melunaskan pinjaman Bank Islam sebanyak RM 100,000 bersama faedah baru-baru ini.
Wang pinjaman itu digunakan oleh Watson, 40, untuk membayar bil perubatan mendiang bapanya yang menderita akibat penyakit barah telinga dan mata.

Bagaimanapun, bapa kepada bekas pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 10.30 saat pada 1998 itu meninggal dunia dua tahun lalu sebelum sempat hutang tersebut dilunaskan.

Watson berkata, berita mengenai dia diisyiharkan bankrap itu diketahui oleh seorang pemberita yang membaca notis muflis dalam ruangan iklan sebuah akhbar tempatan kelmarin.

"Ya, kami memang bergelut dari segi kewangan sejak beberapa tahun lepas, tapi kami tidak cuba untuk mengemis simpati," katanya kepada Bernama semalam.

Watson berkata, dia tidak mampu untuk membayar hu­tang yang dipinjamnya lebih setahun lalu kerana bertugas sebagai jurulatih di Majlis Sukan Sarawak dengan mem- peroleh gaji yang kecil.
Bagaimanapun, bekas pemenang pingat perak pada Kejohanan Olahraga Asia 1998 di Fukuoka, Jepun itu enggan mendedahkan gaji yang diperolehnya itu.

Watson juga berharap penyiaran berita itu tidak menjejaskan Flying Dayak Club, kelab yang ditubuhkannya bagi melatih atlet di negeri ini.

Beliau juga menjelaskan bersedia untuk memberi ulasan lanjut berhubung isu tersebut tidak lama lagi.

Sementara itu isterinya, Phylis @ Felizia Michael, 34, berkata, dia dan Watson berusaha untuk menambah pendapatan dengan berniaga buah-buahan.

Menurutnya, dia dan suaminya berniaga berhampiran pusat beli-belah, menjual beg buatan sendiri dan menjelajah ke seluruh negeri untuk mengadakan klinik kejurulatihan di sekolah sebagai cara untuk menambah pen­dapatan.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "WATSON NYAMBEK DIISYTIHAR MUFLIS"

Post a Comment