17 BINI LARI SERENTAK



BEIJING-Lebih 10 wanita Viet nam yang mengahwi ni lelaki kampung di Fujian tiba tiba hilang serentak dipercayai dalam paka tan bagi menipu suami yang membeli mereka.

Media China melaporkan, kebanyakan wanita itu meninggalkan kampung Nan'an pada 16 Februari lalu sebe lum dua lagi yang masih berada di situ turut menghi langkan diri beberapa hari kemudian.
Ada antara wanita itu su dah enam bulan menjadi isteri kepada lelaki terbabit dan ada pula yang baru be­berapa hari di situ. Ada an­tara mereka sudah hamil.

 Semuanya diperkenalkan kepada penduduk kampung itu melalui pencari jodoh dengan suami masing masing membayar sehingga 60,000 yuan (RM37.000). Bagaima napun, tidak satu pun per- kahwinan itu didaftarkan.

 Mangsa, Aaron, 28, yang pertama mengahwini wanitaVietnam berkata, enam bulan pertama perkahwinan nya amat bahagia dan isterinya berjaya menyesuai kan diri dengan kehidupan baru termasuk mendapat kerja di kilang berhampiran.

"Pada satu hari dia mengadu dahaga dan mahu ke luar membeli air. Itu kali ter akhir saya melihatnya.

"Kampung ini memang mengalami kekurangan wa nita sejak zaman nenek saya lagi. Nisbahnya sekitar 12 lelaki berbanding dua atau tiga perempuan," katanya.

Seorang lagi bernama Peng terkejut dengan tindakan isterinya yang sudah hamil dan mendakwa menyayanginya.

Sehubungan itu, penduduk kampung berpendapat mereka ditipu pencari jodoh berkenaan untuk mengaut keuntungan mudah dan su­dah melaporkan kejadian kepada polis.

Kes seperti ini bukan yang pertama berlaku, malah Epoch Times melaporkan pada 18 Februari lalu sekum pulan lelaki di Zhongxin, wilayah Fujian, kehilangan is teri mereka yang juga warga Vietnam.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "17 BINI LARI SERENTAK"

Post a Comment