Saman Fitnah Pengerusi NFCorp Ditolak



Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi semalam menolak saman fitnah dikemukakan Pengerusi Eksekutif National Feedlot Co­rporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah An­war.

Ia berhubung dakwaan Mohamad Salleh membeli lapan unit hartanah di KL Eco City mengguriakan dana awam yang di- salurkan kepada NFCorp.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng membuat keputusan itu selepas mendapati kenya- taan Nurul Izzah pada satu sidang media yang disiarkan di Malaysiakini TV pada 7 Mac 2012 jika dibaca secara keseluruhan, tidak memfitnah Mohamad Salleh dan NFCorp selaku plaintif.

Siew Kheng dalam penghakimannya, berkata kenyataan itu dikeluarkan Nurul Izzah selaku Ahli Parlimen Lembah Pan­tai yang merujuk kepada bekas Ahli Par­limen kawasan itu yang juga isteri Mo­hamad Salleh, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Hakim berkata, individu berfikiran wa- jar yang membaca kenyataan itu secara keseluruhan akan berpandangan ia dibuat bagi meminta penjelasan daripada Shah­rizat mengenai pembelian hartanah itu berikutan pendedahan oleh Mohd Rafizi Ramli selaku Pengarah Strategik PKR ke- tika itu.


Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Saman Fitnah Pengerusi NFCorp Ditolak"

Post a Comment