169 Orang Ditangkap Dalam Operasi Cegah Jenayah



Johor Bahru: Polis Johor menahan 169 orang termasuk seorang remaja perempuan berusia 18 tahun dalam operasi cegah jenayah dan dadah yang diadakan serentak di seluruh daerah di negeri ini, kelmarin.

Operasi bermula dari jam 4 pagi hingga 6 petang itu, dijalankan Jabatan Siasatan Je­nayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Johor bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dengan kerjasama Pasukan Polis Marin (PPM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Johor.

 Ketua JSJN Johor, Asisten Komisioner Zulkifli Ah, berkata seramai 205 orang diperiksa dalam operasi itu sebelum 169 individu berusia antara 18 hingga 68 tahun ditahan membabitkan kesalahan dadah.

"Antara yang ditahan membabitkan 14 disyaki pengedar dadah manakala 22 orang ditahan kerana memiliki dadah dan 133 positif da­dah selepas ujian saringan air kencing dijalankan ter­masuk remaja perempuan terbabit.

1.2kg dadah dirampas
"Bilangan yang ditahan ialah 160 lelaki dan sembilan pe­rempuan. Polis turut merampas pelbagai jenis dadah seberat 1.2 kilogram," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Zulkifli berkata, polis turut menemui sebuah motosikal yang dilaporkan hilang di Pasir
Gudang, dekat sini pada Ogos tahun lalu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Sek­syen 12(2) akta sama kerana memiliki dadah.

Berita Harian



Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "169 Orang Ditangkap Dalam Operasi Cegah Jenayah"

Post a Comment